Beberapa komponen dalam drawing yang perlu dipelajari dan diaplikasikan dalam aktiviti ini iaitu basic drawing, basic colouring, simple object & text dan drawing button.
Mari kita belajar satu per satu ye..
Dalam basic drawing, apa yang dipelajari adalah bagaimana untuk melukis garisan, melukis objek menggunakan line tool & selection tool, melukis bulatan dan segi empat, melukis objek menggunakan pencil tool dan melukis objek menggunakan pen tool.
Selepas proses melukis, mestilah kita akan belajar proses mewarna kan..Jadi, mari kita kenal basic colouring pula. Dalam basic colouring, kami belajar mewarna objek menggunakan brush tool, ink bottle dan paint bucket tool. Kami juga belajar bagaimana cara untuk memilih sample colour menggunakan Eyedropper Tool.
Kemudian, kita beralih kepada proses yang lebih kompleks iaitu belajar melukis bangunan, kartun dan juga logo syarikat. Selain itu, penggunaan text juga diketengahkan.
Dalam Flash juga, kita juga belajar bagaimana menghasilkan button di mana kita boleh melukis button yang simple, yang mempunyai pelbagai bentuk, dan menu button untuk digunakan di dalam website.
Berikut merupakan hasil dari pembelajaran di atas;
1. Pantai
Haa, ni la tujuan alat Wacom diberikan. Wacom digunakan untuk melukis gambar atau menekap contoh gambar yang diberikan. Berdasarkan contoh, ini je lah yang terhasil..hehe. Maaf tak reti melukis.
2. Monyet
Untuk melukis monyet ni, onion skin digunakan untuk menekap contoh gambar yang asal. haha, ni je yg mampu buat. buruk kan..kekeke
Ok, sebenarnya, dalam flash, kita boleh juga import gambar-gambar atau imej dari luar. Kita boleh memasukkan background, atau apa sahaja yang diperlukan. Selain melukis di dalam flash, kita juga boleh menggunakan aplikasi melukis atau aplikasi menyunting gambar yang lain seperti perisian Adobe Photoshop, Adobe Lightroom, Paint dan sebagainya bagi menghasilkan imej yang lebih menarik.
Ok tu je untuk kali ni..dadaaaa
No comments:
Post a Comment