Tuesday, 16 April 2013

Knowing Flash [Activity 1]


Assalamualaikan & Hai semua..

Kali ini saya ingin mengimbas kembali apa yg telah saya pelajari di dalam kelas Authoring System sem ini.
Dah banyak sebenarnya aktiviti yang saya tinggalkan untuk berkongsi dgn anda semua.
Kelas ni sangat-sangat menarik perhatian pelajar untuk belajar pelbagai aplikasi/software yang boleh digunakan untuk membina alat bantu mengajar, sesi pembentangan, pendokumentasian dan sebagainya.
Antara aplikasi/software yang digunakan adalah, Adobe Flash Professional dan Adobe Dreamweaver. Adobe Flash Professional diajar sebelum cuti semester dan Adobe Dreamweaver diajar selepas cuti semester.

Seperti yang telah sedia maklum, kami diberikan ipad dan wacom sebagai kemudahan untuk melaksanakan beberapa aktiviti dalam menggunakan aplikasi Adobe Flash Professional. Pelbagai tutorial disediakan dalam aplikasi yang diberikan dalam ipad dan wacom digunakan untuk melukis menggunakan flash.
Dalam kelas ini juga, kami telah diberikan beberapa aktiviti bagi mengukuhkan kefahaman semua tentang apa yang dipelajari. Jadi, saya ingin berkongsi satu per satu aktiviti yang telah dilaksanakan.

Jom tengok2 kat bawah ni..kekeke

Activity 1

Dalam aktiviti ini, kami telah diberikan tutorial apps 1 iaitu 'Knowing Flash' untuk memudahkan kami berkenalan dengan Adobe Flash Professional. Sepanjang pembelajaran Flash, saya menggunakan Adobe Flash Professional CS6 dan pelbagai perkara perlu diketahui dalam menggunakan aplikasi/software ini.

Dalam aktiviti ini, kami diperkenalkan dengan Flash Interface, Application of Flash, Types of Interaction and Specification Needed to learn Adobe Flash.

1. Flash Interface
Rajah di atas merupakan 'interface' atau antara muka dalam Adobe Flash. Untuk memulakan sesuatu kerja, kita mesti mengetahui elemen-elemen yang ada di dalamnya supaya kerja kita lebih cepat dan mudah. Beberapa bahagian yang dilabelkan dgn warna merah di atas adalah bahagian-bahagian yang penting dalam software ini.

Pada bahagian sebelah kiri merupakan Tool panels iaitu mengandungi;

  • Selection tool
  • Subselection tool
  • Free Transform tool
  • Lasso tool
  • Pen tool
  • Text tool
  • Line tool
  • Shape tool
  • Pencil tool
  • Brush tool
  • Ink Bottle tool
  • Paint tool
  • Eyedropper tool
  • Eraser tool
  • Hand tool
  • Zoom tool
  • Stroke color
  • Fill color

Pada bahagian atas sekali dikenali sebagai 'Timeline'. Timeline digunakan untuk menyunting animasi yang kita buat iaitu melalui susunan frame dari kiri ke kanan. Frame tersebut sebenarnya mewakili masa yg digunakan untuk sesuatu animasi itu bergerak. Dalam 'timeline' juga, layer boleh digunakan supaya setiap objek yang ingin dianimasikan tidak bertindih dan senang untuk proses penyuntingan. Selain penggunaan layer, penggunaan scene juga boleh digunakan untuk pergi ke satu muka ke satu muka yang lain. Scene juga adalah seperti layer dari segi kegunaannya namun begitu setiap scene boleh mengandungi layer.

Bahagian tengah adalah ruang kerja yang dikenali sebagai 'Stage'. Stage akan memaparkan pelbagai kandungan seperti animasi yang kita lakukan, gambar-gambar, link dan sebagainya. Stage ini juga adalah scene dan boleh digunakan untuk tujuan2 seperti di atas. Kita boleh menambah scene dan menyuntingnya sekiranya perlu.

2. Application of Flash

Flash sebenarnya sangat menarik kerana boleh digunakan untuk pelbagai tujuan. Antaranya adalah kita boleh menggunakannya untuk membuat web banner, animasi, games dan courseware. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk mempelajarinya.

3. Types of Interaction

Dalam flash juga, kita boleh membuat pelbagai interaksi. Antara interaksi yang boleh dilakukan adalah seperti button & hotspot, text dan juga drag and drop. Button boleh digunakan sebagai navigasi iaitu untuk ke link atau scene seterusnya manakala bagi hotspot pula digunakan sebagai interaksi di mana ia akan memberi respon apabila objek pada skrin ditekan. Dalam teks pula, terdapat 3 jenis text iaitu static, input and dynamic text. Static text digunakan untuk memaparkan text yang tidak boleh diubah, input text adalah untuk memasukkan text ke dalam ruang text yang disediakan, dan dynamic text adalah untuk memaparkan karakter yang boleh diubah semasa flash dimainkan.

Berikut merupakan jenis-jenis text;




Ok, untuk yang seterusnya drag and drop interaction akan dibincangkan dalam aktiviti akan datang ye..
Semoga semua mendapat manfaat!

No comments:

Post a Comment